Muhasabah Diri

Meniti Hari2 Yang Mendatang Tidak Semudah Apa Yang Disangka

da lme x update sbb MALAS. .



1 MAY 2012
TUESDAY. .



Ehem . Anda malas ? Dah lama dalam blogging tiba-tiba muncul sifat malas . Eh , sama lah kita . Tapi malas-malas pun mey akan curi sedikit masa mey untuk update blog walaupun da lme gler x update. .haha... lgpun skrg mey tgh final exam tp still nk update jgak coz mey dapat tips yg nk kongsi gan korg. .hehe. .Memanglah , sejak belakangan ini mey tengok bloggers macam dah banyak yang jarang update blog . Kenapa ? Kenapa ? Adakah korang ni tergolong dalam orang yang jenis 'cepat bosan' . Rilekkss ah . Ini baru permulaan . Tak payah lah cepat sangat rasa bosan dan malas . 


Kenapa boleh , korang dan diri mey sendiri dh semakin malas untuk update blog ? Mungkin disebabkan terlalu sibuk untuk menguruskan urusan harian seperti gan kwn2 , assigment dan family smpai x sempat nk update sebenarnya . Tapi tak mengapa . untuk memenuhkan entry di ptg hari pekerja yg semua org tgh bercuti ari nie mey kongsi tips untuk x mls update blog,fb,twitter and so on. . 
lets go babeh !! ~


Tetapkan Hari Untuk Menulis Entry
Korang ada tetapkan hari tak ? Atau main bedal sesuka hati je nak update bila . Rasa nak update , update . Kalau rasa tak nak , biar je sampai berkulat/bersawang . Ishk ! Jangan lah sampai macam tu pulak . hihi . Tetapkan hari . Hari di mana korang rasa korang betul-betul free . Contoh : Isnin , Rabu , Jumaat dan Sabtu . Bila korang dah set kat mind korang bila hari korang nak update , automatik korang akan update juga walaupun entry yang ringkas . Update selagi mampu , asalkan kita boleh tumpukan penulisan blog dengan konsisten =) 


Buat Catatan Di Buku Nota Kecil
Haaa . Kalau pergi mana-mana je kan , korang ada tak bawak buku nota taruk masuk dalam handbag ? haha . mey ada ! Malu pulak nak cakap. tp kdg2 tertinggal jgak notebook tu. .hehe.. tp kan Ini lagi memudahkan mey bila-bila masa nak update nanti . Contoh kita kemana-mana . Tiba-tiba time tu juga lah idea baru nak datang . Terus catit dalam buku tu . Buat point form . Nanti bila dah ada waktu kelapangan , belek balik buku nota tu terus update dalam blog . Mudah kan ? :)


Update Blog Dengan Meng-upload Gambar-Gambar Yang Menarik 
Gambar yang menarik juga boleh mendapat perhatian pembaca yang sering datang singgah ke blog anda . Setahu mey , para pembaca kebanyakannya lebih gemar untuk melihat gambar-2 daripada membaca artikel yang panjang lebar tak ketahuan ala apa yang ingin disampaikan . Dengan hanya sekeping gambar sudah cukup untuk menyampaikan sesuatu mesej kepada pembaca . Contoh : Setiap hari Rabu kan ada Wordless Wednesday . Apa benda Wordless Wedenesday ni ? Ok . WW ni merupakan salah satu trend untuk semua bloggers di alam maya ni . Tempek gambar dalam entry di mana gambar tersebut lah yang akan menceritakan segala-galanya tanpa ada penerangan mengenainya . Ambik kesempatan setiap Hari Rabu untuk update gambar yang menarik :)


Video , Lagu Yang Menarik/Diminati
Mustahil lah para blogger tak pernah dengar lagu , tengok video yang menarik lagi tertarik kan ? Tambah-tambah lagi di Youtube . Belambak ada lagu and video kat situ . Apa lagi , dah malas sangat sampai tak ada idea nak update , boleh je cari lagu-lagu dan video post kan masuk dalam blog or fb or twitter korang . Pun boleh kan ? Dah malas sangat ! heheww~

** p/s : Haaa . mey harap tips diatas ni dapat membantu korang yang sering dilanda penyakit "malas" untuk update blog . Mana tahu , lepas korang ikut tips ni , korang akan lebih dan bertambah rajin untuk update x kira lah blog je ke, fb pn blh kot . Tips ini memang sangat berguna dan mey pun akan cuba praktikkan sekiranya mey terkena "penyakit malas" ..ahakz. . 





No comments:

Post a Comment