Muhasabah Diri

Meniti Hari2 Yang Mendatang Tidak Semudah Apa Yang Disangka

Pecutan terakhir : Malam Lailatul Qadar

Assalamualaikum w.b.t. . .

Alhamdulillah... Hari ini kita telah memasuki Ramadhan yang ke 21. Ini bermakna bermula pada hari esok kita akan mula mencari bilakah malam lailatulqadar. Semoga 10 malam terakhir pada malam kali ini kita akan bertemu dengan malam yang dicari-cari oleh seluruh umat Islam seantero dunia. Amin.




 
Jika Awal Ramadhan Jatuh Pada Hari:
1. Ahad atau Rabu malam qadar dijangka berlaku pada malam 29 ramadhan
2. Isnin – malam qadar dijangka berlaku pada malam 21 ramadhan;
3. Selasa atau Jumaat – malam qadar dijangka berlaku pada malam 27 ramadhan;
4. Khamis - malam qadar dijangka berlaku pada malam 25 ramadhan;
5. Sabtu - malam qadar dijangka berlaku pada malam 23 ramadhan
Kata Sheikh Abu Hassan bahawa apabila dia mula baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas. Walau bagaimanapun, janganlah beribadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga.
Tanda Malam Qadar ialah :

1. Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;

2. Siangnya cahaya matahari warnanya pucat;

3. Pada malam itu malaikat jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya       ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.

4. Marilah kita beramai-ramai memeriahkan suasana 10 malam terakhir ramadhan dengan beribadat kepada allah swt dengan ikhlas dan penuh keimanan, mudah-mudahan kita dapat kurniaan allah yang kelebihannya pahalanya melebihi – 1000 bulan atau 83 tahun umur kami.




 *Kita MINTA MAAF .. Kita ULANG BALIK kesalahan kita.. dan kita minta maaf lagi, Lama-lama orang SAKIT HATI dengan kita..=.=

* Tapi bila dengan ALLAH .. Kita buat salah dan kita BERTAUBAT.. kita ulang-ulang buat kesalahan, ALLAH masih TERIMA taubat kita..^_^

♥ Betapa ALLAH SAYANG kita, kita yg selalu TERLUPA akan hakikat tersebut.. KASIH SAYANG Allah melebihi MURKANYA..moga kita diberi PELUANG Kembali kepadaNYA Dalam keadaan DIA Redhakan..InsyaAllah :)

No comments:

Post a Comment