Muhasabah Diri

Meniti Hari2 Yang Mendatang Tidak Semudah Apa Yang Disangka

PiLiHaN HaTi MaMa Ku . . .

 Td selepas aku siap wat keje uma, masak n mandi . . aku duduk disisi mama sambil bertanya kepada mama, mana satu pilihan hati kita, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang ?. . mengapa aku tanya begitu kepada mama kerana aku ingin kepastian cinta yg mana satu harus aku terima . .
 
Mama jawab, kedua-duanya bukan. . Aku tercengang seketika sambil merenung lirikan muka mama . . Lantas mama mengukir senyuman sambil berkata. “Pilihan hati mama adalah yang sayangkan kita kerana Allah.” Aku menarik nafas dalam-dalam. “Ma , Macam mana kita nak tahu orang tu sayangkan kita kerana apa?” Ma diam sekejap sambil berfikir dan kemudian tersenyum . Rasanya, ma dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati puteri bongsunya.Mana mungkin aku mampu menyorokkan rahsia hati dari ma sedangkan sekilas aku pun ma mampu membacanya. Ma mennjawap , "Yang paling tahu adalah hanya Allah. Ma merenung dalam-dalam wajah aku sambil menyusun ayat-ayatnya. “Keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjolkan oleh seseorang tu..” Aku memintas, adk tak faham ma ..Ma menyambung “Cinta dalam jalan Allah . . bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah . . Setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan mereka rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah dan secara Automatiknya ia boleh ada daya tarikan magnet antara 1 gan yg lain..”  
Wajah aku merah, sedikit cemas jika ma dapat mengesan gelora jiwa muda aku ini.. Ma menyambung “Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki, jodoh dan maut sejak azali lagi. Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?” Aku tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Ma buat-buat tidak nampak. “Adik.. jatuh cinta adalah perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah.Tetapi kita kena ingat.Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai..Bercouple mungkin.. Tetapi bukan untuk berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali ag.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya” tu sume bkan kita nak tp Allah da tentukan tok kita.. Tiba-tiba air mata aku mengalir. Argh!! Ego aku kalah bila mendengar hujah mama. Ma meneruskan ag, “Allah itu Maha Adil, dek.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya. Bercinta sebelum kahwin ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan”. 
Setiap bait kata dan hujah mama aku dengar gan teliti agar aku lebih faham persoalan hati nie . . “Adik . . jadi di sini ma nak adik faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa. Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta Dia. Kita bagi tahu pada diri kita berulang kali, mengingat kan kt dalam hati yang kita mencintai Allah ,kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk ma abah adalah kerana mencintai Allah. Adik ..Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. Hanya Allah yang boleh memegangnya.Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah. Sebab kita nak dia pegang kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia dek . . Kerana tentulah pengalaman bercinta dengan lelaki yg kaya, ada rupa, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh dan cacat.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti". 
Mama berhenti seketika..merenungku dengan penuh kasih.. "Adik, dengar sini ..Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk Adik, Tolong terimalah dengan hati yang redha, jgn pernah mengungkit atau mengeluh jika jodoh tu bkan pilihan hati Adik . .  Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang Adik sayang, tak jadi hal lah.Tapi kalau dapat yang Adik tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin Adik ada kekuatan dan kelebihan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia lebih bermakna dan mungkin Adik sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang Adik sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada Adik saat tu.. Alangkah bertuahnya Adik kalau Adik mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur”.  
Sekali lagi berjuraian air mata aku turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri. Ma menarik tubuh aku dan memeluk erat. Pelukan ma sangat-sangat kuat sambil berbisik di telinga aku . . "Adik , jangan menangis syg . . Apa yg ma bgthu n cerita ini adalah lumrah dunia . .Jangan salah langkah dalam mencari pasangan hidup . . Kita boleh ubah benda yg salah tp kita xleh ubah ketentuan Allah . . Semua yg Allah hantar kt kita adalah yg terbaek buat kita . .
Jadi disini..apa yang aku faham..apa pun yang kita nak lakukan mestilah kerana Allah..Ini kerana jika kita kaitkan Allah dalam apa yang kita lakukan insyaAllah kita akan terhindar daripada melakukan perkara yang dilarangNya dan perhubungan itu akan direstui olehNYA . .Sesungguhnya kita hambanya nak mengejar keredhaanNya. Jadi begitu juga dalam percintaan kita perlu letak Allah pertama dalam hati kita. Keduanya Rasulullah. Ketiga ibu bapa+keluarga dan dia yang diciptakan untuk kita. Insya-Allah kita akan mendapat keberkatan dan keredhaan Allah. amin . .   Jika kita letakkan Allah pertama dalam hidup kita..insyaAllah kita akan dapat nikmati cinta yang halal dengan orang yang ditentukan untuk kita. .
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Al- Baqarah : ayat 216)

No comments:

Post a Comment